Seminar Karangan Bahasa Melayu


Assalamualaikum


Aku nak habaq mai satu cerita kat hangpa semua ( sorry la aku ni tak pandai sensangat nak cakap loghat utara ni ). Alkisahnya tersebut lah kisah di sekolah aku pada 15 Januari 2013 yang lalu ada Seminar Karangan Bahasa Melayu yang dikelolakan oleh Encik Hashim Abdullah. Beliau merupakan seorang bekas guru yakni pesara. Boleh je panggil dia pakcik, cikgu, tuan mahupun encik. Datang sini di jemput nak bagi ceramah pasal karangan Bahasa Melayu.

Ok la, kalau sebut pasal seminar ke ceramah ke apa dan yang berkaitan dengannya mesti ada di antara korang semua rasa liat yang teramat, nak mengantuk pun ada, sama macam aku jugak. Tapi kalau hal pelajaran aku on selalu.

Antara beberapa perkara yang aku ingat masa ni, cikgu teramat ohsem! agak serius, kelakar dan ada meh meh Ustaz Azhar Idrus jugak masa bagi ceramah dan muka pon hampir nak sama, sikit je tak banyak pon. Beliau ada ajar cara cara nak buat pantun dan ternyata senang gilos dan menggunakan formula sendiri dalam seminar ini antaranya, guna tangan untuk buat karangan dan mengira nombor ( perkara ni mula mula aku rasa tak berkaitan langsung dengan hal ni tapi kemudian ada kaitannya ). Korang faham ke tak apa yang aku cakap ni hah?! Arrgghhh...

Cikgu menggunakan formula tangan sebab tangan ni boleh dikaitkan dengan pelbagai hal dan ianya merupakan ciptaan Allah Taala yang tidak ternilai sebab kita sendiri mungkin ada lagi yang tidak tahu kegunaanya. Kita boleh je mengira sampai berjuta juta mahupun beribu ribu nombor ataupun sifir bukan setakat sifir 9 sahaja. Asal kan tahu macam mana nak guna dan berfikir diluar kotak. Selain tu, cara cara nak buat karangan kalau tak ingat pendahuluan, isi isi dan penutup tengok saja tapak tangan dan jari kita. Fikir fikir kan, kalau korang tak tahu nak buat camna jangan risau. Boleh minta tunjuk ajar daripada cikgu Hashim, jangan malu malu kucing pula.

Selama 4 jam cikgu bagi ceramah pasal ni sekali dengan rehat dan tak mengantuk langsung kecuali budak lelaki lah kan. Aku boleh kongsikan sedikit sebanyak yang aku tahu tentang cikgu sebab dia cakap kalau dia tak cakap konfem lah kitorang tak tahu. Dan aku nak minta maaf kalau ada yang tersalah silap tentang cikgu.


  • Nama yang diberi oleh ibu bapa, Hashim bin Abdullah. 

  • Nama pena Hashim Abdullah. 

  • Ada 5 orang cahaya mata. Panggil ayah

  • Di lahirkan pada tahun merdeka, 1957. 

  • Kalau anak anak saudara dia panggil, pak cik. 

  • Isteri dia panggil ling ataupun yang ( biasala panggilan manja suami isteri ). 

  • Mula belajar masa umur 11 tahun tapi itu pun baru masuk tadika bukan sekolah rendah. Kalau masa ni dah darjah 5 tapi ayah cikgu baru hantar pergi belajar masa umur sebelas tahun dan cikgu sendiri tidak tahu kenapa, mungkin tak pernah tanya kot. Dan masa kat tadika lah cikgu baru tahu mengeja mengira menulis. 

  • Masa umur 12 tahun beliau sambung belajar di sekolah rakyat dan selama 2 tahun berada di kelas peralihan. Masa kecik kecik dulu cikgu memang tak pandai membaca, form 2 barulah baca lancar. Waktu tingkatan 3 ok sedikit dan boleh membaca dengan lancar, baik dan superb nya. 


  • Umur 16 tahun baru ambil SRP sekarang orang panggil PMR. Beliau pergi kelas tambahan matematik di Kota Bharu dan sememangnya gila gila gila belajar (cikgu akui sendiri). Belajar juga masa mengayuh basikal, masa berjalan dan banyak lagi lah. 


  • Sanggup bekerja lagi untuk menampung kos pembelajarannya masa muda dulu. 


  • Banyak menulis novel, cerpen, rencana, berita, ulasan buku dan lain lain. Ada juga di antara buku buku nya itu ditulis berdasarkan kisah benar anak saudaranya yang belajar di Jordan dulu. Kalau tak silap aku tajuk novel tu Embun di Pagi Jordan, kalau tak silap lah dan aku rasa memang aku tersilap pon. Entahla, aku pun tak ingat.  


Cikgu ada bagi buku untuk kitorang, buku Mengarang Berasaskan Formula Tangan, terbitan Media Mustaqim dan penulisnya cikgu sendiri, Hashim Abdullah. Ada 37 muka surat semuanya.





ini lah bukunya.




Satu lagi yang dia kasi poster, tajuknya Tangan Anda Karangan Anda.





budak yang pakai baju kelabu tu adik lelaki aku





abaikan katil aku yang bersepah! 
macam Kungfu Hustle dah aku tengok tangan tu





tapi aku suka cahaya!



Bukan free ok, mestila kena bayar 10 ringgit setiap sorang. Kiralah berapa kalau campur dengan budak budak tingkatan empat dan lima lagi. Boleh dapat beratus ratus beribu ribu ghinggit. Itu pun untuk bayaran yang dikenakan oleh cikgu Hashim sendiri dan beliau sememangnya ikhlas dan suka untuk membantu para pelajar lebih lebih lagi Bahasa Melayu kerana itu adalah kepakaran cikgu. Cikgu sanggup bersara lebih awal sekarang umur dia 56 tahun dan kini aktif dalam memberi ceramah Bahasa Melayu.


P/S : Gambar tak berapa nak elok sangat sebab aku guna camera handphone mak aku.

Ulasan

Catatan Popular