Fakta Menarik Sedunia Vol. 1

Helo!

Ikan Aneh Di Laut Jepun



Percaya atau tidak kalau dikatakan, Shrek sedang berenang dilaut Jepun sekarang ini. Sebenarnya, beberapa bulan lepas, seorang penyelam telah menemui seekor ikan yang mempunyai wajah seperti Shrek, watak animasi yang popular. Ketika ditemui, ikan ini mempunyai bonggol yang besar serta wajah seperti makhluk asing. Disebabkan wajahnya ada iras wajah Shrek, lalu ikan itu dinama Shrek. Keanehan pada ikan itu kemudiannya di analisa beberapa pakar kehidupan marin. Setelah mencari spesiesnya, para saintis marin mengatakan, ikan ini adalah daripada spesies Asian Sheepshead Wrasse. Ia boleh ditemui di perairan China, Jepun, Korea Utara dan Selatan.



Bau Bunga Ros Aktifkan Otak



cantik kan bunga ros putih ni


Di Washington, Amerika Syarikat, beberapa saintis dari Jerman telah melakukan satu kajian tentang hubungan  bau bauan dengan otak manusia. Keputusan yang diperoleh mendapati daya ingatan dan kecekapan minda seseorang manusia akan meningkat sekiranya selalu menghidu bau bunga ros. Menurut kumpulan saintis tersebut, bau yang wangi seperti bunga ros mengaktifkan sel sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Ini dibuktikan melalui eksperimen ke atas 74 orang sukarelawan. Pada hari pertama, mereka diletakkan dalam sebuah yang tidak mengandungi bau ros. Keesokan harinya pula, sukarelawan ini pula diletakkan pula dalam sebuah bilik yang tidak mengandungi bau ros. Hasil kajian mendapati minda sukarelawan tersebut lebih cenderung semasa menghidu bau bunga ros berbanding tidak menghidunya. Ini terbukti dengan keputusan ujian kecerdasan di mana sukarelawan mendapat 97.2 peratus markah sewaktu menghidu bau bunga ros dan 86 peratus semasa tidak menghidu bau bunga ros.


yang ni lagi lagi lah cantik


Ulasan

Catatan Popular