Fenomena Matahari Waktu Malam
Halo.
Matahari lazimnya terbit pada siang hari di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat pada waktu senja. Itu formasi sejak azali yang biasa kita lihat sampai ke hari ini. Tapi, tahukah anda beberapa bahagian di planet bumi mengalami fenomena alam yang menganehkan apabila matahari yang muncul di waktu siang langsung tidak terbenam sehingga ke malam hari.
Menurut Penyelidik Astronomi Profesional dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zambri Zainuddin, matahari pada waktu malam adalah fenomena alam yang terjadi setiap setahun sekali pada musim panas. Fenomena ini dapat dilihat di wilayah yang terletak di latitud 66' Utara Bulatan Artik (Kutub Utara) pada sekitar bulan Jun. Antaranya, negara Kanada (Yukon, Northwest Territories dan Nunavut), Alaska di Amerika Syarikat, Greenland di Denmark, Norway, Sweden, Finland, Rusia dan Iceland.
Pemandangan luar biasa ini turut dapat dilihat di Saint Peterburg, Rusia, dari 11 Jun hingga 2 Julai. Dan pada 10 hari terakhir bulan Jun, penduduk di sana merayakannya dengan pelbagai acara kebudayaan yang dinamakan sebagai Festival White Nights. Pengalaman menarik ini bagaimanapun akan bertukar lebih ekstrem apabila berada di tengah tengah Kutub Utara atau Kutub Selatan. Mengapa? Di kedua dua kutub tersebut akan berlaku pertukaran siang dan malam yang sangat panjang dalam setahun, iaitu enam bulan malam dan enam bulan siang. Cuba bayangkan saat anda bangun dari tidur di tengah hari, keadaan langit masih tetap gelap gelita. Satu keadaan anomali dan menakutkan pada kita yang sering mengalami suasana malam dan siang sekali sehari. Dapat dibayangkan betapa haru biru keadaan ketika itu.

indah kan pemandangan ni
Kejadian semula jadi ini dinamakan midnight sun atau matahari pada waktu malam. Saat hal menghairankan ini berlaku, matahari sentiasa kelihatan terus menerus berada diatas ufuk sepanjang hari selama 24 jam, tanpa terbenam walaupun hari sudah malam. Keadaan ini menjadikan suasana malam tidak berapa gelap dan aktiviti disiang hari seperti membaca masih boleh dilakukan tanpa bantuan cahaya lampu. Rasa macam tidak percaya bukan? Yang pasti, pengalaman ini bukan terjadi diplanet lain, tetapi realiti yang berlaku di planet kita sendiri.
Menurut Penyelidik Astronomi Profesional dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zambri Zainuddin, matahari pada waktu malam adalah fenomena alam yang terjadi setiap setahun sekali pada musim panas. Fenomena ini dapat dilihat di wilayah yang terletak di latitud 66' Utara Bulatan Artik (Kutub Utara) pada sekitar bulan Jun. Antaranya, negara Kanada (Yukon, Northwest Territories dan Nunavut), Alaska di Amerika Syarikat, Greenland di Denmark, Norway, Sweden, Finland, Rusia dan Iceland.
Pada bulan Disember, hal serupa juga boleh diamati di latitud 66' Selatan Bulatan Antartika (Kutub Selatan). Namun, tempoh waktu matahari berada di atas cakerawala di kedua dua garis lintang ini didapati bervariasi. Lagi tinggi anda berada di kedudukan garisan lintang tersebut, lagi lama pemandangan unik ini dapat diamati. Di Syalbard, Norway misalnya, panorama seumpama ini boleh disaksikan bermula 19 April hingga 23 Ogos. Manakala,seperempat daripada wilayah Finland yang terletak di bahagian utara Bulatan Artik pula menerima sinaran cahaya matahari dari siang hingga ke malam selama 73 hari sepanjang musim panas.
Pemandangan luar biasa ini turut dapat dilihat di Saint Peterburg, Rusia, dari 11 Jun hingga 2 Julai. Dan pada 10 hari terakhir bulan Jun, penduduk di sana merayakannya dengan pelbagai acara kebudayaan yang dinamakan sebagai Festival White Nights. Pengalaman menarik ini bagaimanapun akan bertukar lebih ekstrem apabila berada di tengah tengah Kutub Utara atau Kutub Selatan. Mengapa? Di kedua dua kutub tersebut akan berlaku pertukaran siang dan malam yang sangat panjang dalam setahun, iaitu enam bulan malam dan enam bulan siang. Cuba bayangkan saat anda bangun dari tidur di tengah hari, keadaan langit masih tetap gelap gelita. Satu keadaan anomali dan menakutkan pada kita yang sering mengalami suasana malam dan siang sekali sehari. Dapat dibayangkan betapa haru biru keadaan ketika itu.
sangat menakjubkan ciptaan Allah Taala.
Kekalutan inilah yang sering terjadi kepada pelancong luar yang pertama kali ke kawasan ini. Malah pengunjung baru dikatakan adalah yang paling terjejas. Terutama sukar untuk tidur pada waktu malam ketika langit cerah dan matahari bersinar. Soalnya, bagaimana perubahan waktu boleh terjadi hingga berkeadaan sebegitu ekstrem? Umum mengetahui, kejadian siang dan malam adalah disebabkan bumi berpusing pada paksinya yang beredar mengelilingi matahari. Ketika matahari berada diutara bumi, Kutub Utara mengalami enam bulan siang. Cahaya matahari sentiasa terlihat diatas langit menyebabkan langit selalu cerah dan terang, walaupun hari sebenarnya sudah jauh malam. Sinaran matahari yang tertumpu diutara juga menyebabkan Kutub Selatan langsung tidak menerima sinaran matahari hinggakan keadaan selalu kelam malam selama enam bulan berturut turut.
Sebaliknya, jika matahari berada di sebelah selatan bumi, langit gelap di Kutub Selatan tadi akan berubah menjadi siang dan kekal begitu selama enam bulan berturut turut. Selama tempoh ini, langit di Kutub Utara pula akan bertukar menjadi malam. Para astronomi mendapati, wilayah yang menerima cahaya midnight sun juga adalah kerana kesan daripada perubahan fenomena ini.
![]() |
Profesor Dr. Zambri Zainuddin |
tengok apa tu cik kak? kat Malaysia belum pernah terjadi lagi kejadian ni.
sumber gambargambar: google images. yang kat atas tu bukan saya ok.

.jpg)

Ulasan