Fakta Menarik Sedunia Vol. 3

Hey !

Pemilik Jari Terbesar Di Dunia



Di daerah Jiansu, China, seorang lelaki tidak menyangka bahawa ketiga tiga jarinya akan membesar seperti tangan gergasi. Menurut lelaki tersebut, Lui Hua, 24, ketiga tiga jarinya mula membengkak sejak dia masih bayi lagi. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Xing Ming Evening News, ketika lelaki tersebut mendapatkan rawatan di hospital Shanghai, dia mendapati ukuran ibu jarinya telah mencapai 26 sentimeter manakala jari telunjuk 30 sentimeter dan jari tengah 15 sentimeter. Hui didapati menghidap penyakit langka yang disebut 'Macrodactyly'. Bagi mengelak jari lelaki itu terus membesar, sekumpulan pakar bedah di hospital Shanghai melakukan pembedahan. Operasi pembedahan tersebut mengambil masa selama tujuh jam untuk membentuk kembali telapak tangan lelaki ini.



Thumbelina Kuda Terkecil Di Dunia




Kecil dan comel. Itulah gelaran yang diterima seekor kuda yang diberi nama Thumbelina. Dilahirkan pada 1 Mei 2001, di ladang Goose Farm, Missouri, Amerika Syarikat. Kuda yang berukuran 17 inci ini telah merangkul sebanyak lima kali anugerah dunia berturut turut sebagai kuda terkecil di dunia. Menurut pemiliknya, Michael Gossling, Thumbelina merupakan seekor kuda yang istimewa. Pada awal kelahiran kuda itu, Gossling seakan akan tidak percaya apabila melihat saiz Thumbelina hampir sama dengan saiz bayi manusia. Jelasnya lagi, waktu dilahirkan Thumbelina menghadapi kesukaran untuk hidup. Ini kerana saiznya yang kecil sukar mendapatkan susu daripada ibunya. Walau bagaimanapun, kebimbangan itu hanyalah seketika sahaja. Thumbelina merupakan seekor kuda riang. Semua kuda kuda lain dilihat menyukainya. Meskipun begitu, Gossling memberitahu, Thumbelina sering kali dilihat bersama dengan anjing peliharaan yang bernama Castica. Disebabkan keistimewaan yang miliki Thumbelina, Gossling membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah yayasan amal yang diberi nama Yayasan Thumbelina. Pada salah satu aktiviti amal, Thumbelina akan membuat roadtour sejauh 27,000 batu. Ia akan mengunjungi hospital, sekolah, pusat pusat terapi di 39 buah negara.


kecik je kan.


Ulasan

Catatan Popular