Fakta Menarik Sedunia Vol. 2

Hai !

Budak Penyu



Kerana ketumbuhan yang terbentuk seperti cengkerang penyu, seorang kanak kanak, Maimaiti Hali yang berusia lapan tahun dari Negara China terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya seorang kanak kanak penyu. Keadaan itu telah menyebabkan rakan rakan sebaya mengejek dan membulinya. Masalah cengkerang ditubuhnya telah dikenal pasti oleh doktor sejak dia masih bayi lagi tetapi doktor tidak boleh membuang cengkerang itu kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Setelah usianya beberapa tahun, cengkerang itu didapati semakin membesar dan mengeras. Keadaan ini menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan segera bagi membuang ketumbuhan aneh ini.



kesian kat budak ni. doa kan yang terbaik untuk dia ok?


Pelita Abadi




Pada bulan April 1485, mayat seorang gadis bangsawan dari zaman kuno di temui di tanah perkuburan 'Appian Way'. Ketika para penyelidik cuba mengkaji makamnya, mereka telah dikejutkan dengan penemuan pelita yang masih menyala. Dipercayai pelita itu telah dinyalakan sejak 1500 tahun lalu. Keadaan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dikalangan pengkaji. Salah satunya, tentang bagaimana pelita tersebut mampu menyala selama beberapa abad sedangkan ia adalah sesuatu yang mustahil berlaku di dunia. Apakah 1500 tahun dahulu sudah ada teknologi yang begitu canggih?. Bagi pengkaji dari Australia, Robbert Briggen, manusia zaman pra sejarah memiliki kemahiran yang lebih maju berbanding ilmu pengetahuan yang kita miliki sekarang ini. Sebab itulah mereka boleh membangunkan teknologi pelita abadi sebegini. Bagaimanapun, pendapat itu disanggah oleh sarjana lain dengan berpendapat, kemungkinan pelita itu meyala adalah disebabkan kandungan gas yang terdapat dalam tanah. Bekalan gas ini menjadi sumber bahan api yang menyebabkan pelita abadi itu terus menyala selama beberapa abad. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak ada teori sains yang mengesahkannya. Malah kajian yang dilakukan juga mendapati kawasan itu tidak mempunyai sumber gas seperti yang didakwa. Hakikatnya pelita abadi sesuatu yang benar benar wujud.


Ulasan

Catatan Popular