Madu Perut Lebah
Assalamualaikum dan Halo!
Disebabkan nilai komersialnya yang meningkat, sejak tahun 2000 sebelum Masihi lagi masyarakat Mesir telah pun memelihara lebah dalam sarang buatan untuk mengumpul madu. Selepas itu, industri madu terus berkembang ke seluruh pelosok dunia daripada semasa ke semasa. Sehinggalah dalam era moden hari ini, madu lebah telah diiktiraf antara makanan terbaik di dunia kerana khasiatnya yang tidak ternilai kepada manusia sejagat.
Di sebalik keajaiban madu itu sendiri, tidak ramai yang menyangka bahawa madu yang dikutip dari sarang lebah telah melalui beberapa proses di dalam perut serangga kecil itu sehingga menjadikannya berkhasiat. Berdasarkan penelitian yang dijalankan di University of California, yang di ketuai oleh Dr. Eric C. Mussen, lebah bukanlah sekadar agen untuk mengumpul manisan dari bunga bungaan, sebaliknya ia turut memproses manisan di dalam beberapa lapisan perutnya sebelum mengeluarkan madu yang likat.
Firman Allah yang bermaksud, "...(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya (butuniha) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang menjadi penawar bagi manusia dari berbagai bagai penyakit..." (Surah An-Nahl; ayat 69).
Dr. Arip menjelaskan, kalimah 'butuniha' dalam ayat di atas diterjemahkan kepada kata ganda 'perut yang banyak' atau 'perut perut' yang diambil dari kata akar 'batnun'. Manakala, perkataan 'ha' di penghujung kalimah yang sama pula merujuk kepada seorang perempuan atau betina.
Dibahagian belakang badan lebah pula terdapat pecahan yang terdiri daripada segmen segmen dalam bentuk lilitan. Bahagian inilah yang berfungsi sebagai makmal kimia untuk menghasilkan madu. Jelas Dr. Arip, kajian yang dijalankan oleh Dr. Eric C. Mussen dari University of California turut mendapati hanya lebah betina sahaja yang bertugas untuk memproses madu . Berdasarkan kajian yang dijalankan, dalam sesebuah koloni lebah terdapat tiga jenis lebah iaitu ratu yang berstatus betina, lebah jantan serta lebah betina yang mandul.
Ratu lebah berperanan untuk bertelur, lebah jantan pula akan menjaga sarang , manakala lebah betina yang mandul akan keluar mencari sumber bunga untuk menghasilkan madu. Ia sama seperti yang dinyatakan dalam surah An- Nahl yang merujuk kepada lebah betina yang memproses madu. Menurut Dr. Arip lagi, terdapat pelbagai jenis warna madu sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran melalui ayat yang sama. Ia berubah mengikut iklim, musim dan keadaan cuaca serta sumber di mana nektar diperoleh. Warna madu asli adalah antara lingkungan warna perang tua kehijaun, namun madu yang sering ditemui di pasaran sekarang lebih banyak yang berwarna kuning keemasan. Bagaimanapun, warna madu boleh di ukur secara tepat menggunakan alat pengukur kalorimeter.
Demikianlah hebatnya Al-Quran, yang menerangkan secara terperinci bagaimana sesuatu perkara itu terjadi. Ketika manusia belum mencapai tahap kemodenan untuk mengkaji mengenai penghasilan madu, Allah terlebih dahulu menerangkannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.
sumber gambar gambar: google images
Di antara makhluk yang paling memukau di alam ini adalah lebah, haiwan mungil yang menghidangkan kita sebuah cairan sempurna iaitu MADU.
Lebah adalah antara makhluk yang istimewa di dalam Islam, sehinggakan nama haiwan ini diabadikan di dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah iaitu surah An-Nahl. Bahkan, dalam sebuah hadis turut dinyatakan Rasulullah s.a.w melarang umatnya daripada membunuh haiwan kecil ini. Walaupun mempunyai sengat berbisa, tetapi dari sisi lain, serangga yang berbelang hitam kuning ini juga berguna kepada manusia kerana menghasilkan madu - makanan yang lengkap dan sempurna.
Sejak ribuan tahun manusia percaya bahawa madu lebah mempunyai khasiat dan menjadi penawar untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dianggarkan, manusia mula mengenai madu lebah dari 10,000 tahun lampau, ketika era pembentukan tamadun awal manusia. Pada zaman Mesir kuno, madu menjadi barang keperluan harian yang sangat penting. Ia bukan sekadar menjadi manisan, tetapi madu juga adakalanya dijadikan sebagai ukuran matawang kerana nilainya yang sangat tinggi ketika itu.
Disebabkan nilai komersialnya yang meningkat, sejak tahun 2000 sebelum Masihi lagi masyarakat Mesir telah pun memelihara lebah dalam sarang buatan untuk mengumpul madu. Selepas itu, industri madu terus berkembang ke seluruh pelosok dunia daripada semasa ke semasa. Sehinggalah dalam era moden hari ini, madu lebah telah diiktiraf antara makanan terbaik di dunia kerana khasiatnya yang tidak ternilai kepada manusia sejagat.
Di sebalik keajaiban madu itu sendiri, tidak ramai yang menyangka bahawa madu yang dikutip dari sarang lebah telah melalui beberapa proses di dalam perut serangga kecil itu sehingga menjadikannya berkhasiat. Berdasarkan penelitian yang dijalankan di University of California, yang di ketuai oleh Dr. Eric C. Mussen, lebah bukanlah sekadar agen untuk mengumpul manisan dari bunga bungaan, sebaliknya ia turut memproses manisan di dalam beberapa lapisan perutnya sebelum mengeluarkan madu yang likat.
Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Arip Kasmo, kenyataan yang dikeluarkan dari perut lebah yang berlapis lapis telah pun diterangkan di dalam kitab suci Al-Quran. Melalui sepotong ayat dari surah An-Nahl, Allah menerangkan dengan nyata mengenai perkara ini serta khasiatnya kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud, "...(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya (butuniha) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang menjadi penawar bagi manusia dari berbagai bagai penyakit..." (Surah An-Nahl; ayat 69).
Dr. Arip menjelaskan, kalimah 'butuniha' dalam ayat di atas diterjemahkan kepada kata ganda 'perut yang banyak' atau 'perut perut' yang diambil dari kata akar 'batnun'. Manakala, perkataan 'ha' di penghujung kalimah yang sama pula merujuk kepada seorang perempuan atau betina.
![]() |
| Profesor Madya Dr. Arip Kasmo |
Ayat ini menunjukkan bahawa lebah betina mempunyai beberapa perut iaitu 'butuniha'. Apabila ia mengumpul nektar - sejenis manisan - daripada bunga, nektar ini disimpan didalam perut untuk dibawa pulang ke sarang. Pada bahagian perut ini terdapat satu satu injap yang menghalang nektar tersebut daripada memasuki sistem pencernaannya, kecuali sedikit sahaja yang diperlukan oleh lebah untuk hidup.
Dibahagian belakang badan lebah pula terdapat pecahan yang terdiri daripada segmen segmen dalam bentuk lilitan. Bahagian inilah yang berfungsi sebagai makmal kimia untuk menghasilkan madu. Jelas Dr. Arip, kajian yang dijalankan oleh Dr. Eric C. Mussen dari University of California turut mendapati hanya lebah betina sahaja yang bertugas untuk memproses madu . Berdasarkan kajian yang dijalankan, dalam sesebuah koloni lebah terdapat tiga jenis lebah iaitu ratu yang berstatus betina, lebah jantan serta lebah betina yang mandul.
![]() |
| Dr. Eric C. Mussen |
wow! siap bergambar dengan pohon sakura lagi.

Ulasan